Wednesday, May 20, 2009

Tiram atau Helang?

one nice article yang membuatkan aku terfikir sejenak....

Pada suatu masa lalu, dua telur berbincang tentang apa yang mereka ingin jadi bila mereka telah ditetaskan.

Telur pertama berkata, “Saya nak menjadi tiram bila saya ditetaskan nanti. Tiram cuma duduk dalam air. Ia tak perlu membuat sebarang keputusan.

Arus laut akan menggerakkannya, oleh itu ianya tak perlu ada perancangan. Air laut yang melaluinya ialah makanannya.

Apa sahaja yang laut berikan itulah yang tiram terima, tak lebih dan tak kurang. Itulah hidup yang saya mahu.

Mungkin ianya serba kekurangan, tapi tak ada keputusan yang perlu dibuat, tak ada tanggungjawab, cuma kewujudan yang mudah yang dikawal laut.

Telur kedua berkata, “Itu bukan kehidupan yang saya mahu. Saya nak jadi helang.

Seekor helang bebas kemana sahaja yang ia mahu dan boleh buat apa sahaja yang ia mahu. Sudah tentu ia perlu mencari makanannya sendiri dan perlu membuat keputusan-keputusan untuk terus hidup, tapi ia bebas untuk terbang setinggi gunung.

Helang mengawal keadaan dan bukannya dikawal oleh pihak lain.

Saya tak mahu ada sebarang sekatan. Saya tak mahu menjadi hamba laut. Oleh itu saya sanggup berkorban untuk menjalani kehidupan sebagai helang.”

Adakah anda ingin menjadi seekor helang atau tiram?



rasa cam nak pergi langkawi....


credit to ~~ http://pentasusahawan.blogspot.com/

3 comments:

Puteri Mona said...

weh kalau nak gi langkawi urusan hotel n sewa kete ko ckp aku ek. Amik yg laki aku punya ahaqs. Nti aku kasik diskaun :)

H.a.N.a said...

wah..suda ada travel agency kahh....nak2!! pakej ke mana lagik yg ada..sila kasik quotation..:D

Mama Hakimi said...

uk aloh....

Aku nk jadi owang... heheheh